Ikuti Kami:

Hubungan Cinta ‘Natural’, Ini 10 K-Drama Papar Pasangan Romantik Realistik

Hubungan Cinta ‘Natural’, Ini 10 K-Drama Papar Pasangan Romantik Realistik

K-Drama romantik dan juga pasangan teraju utama yang berjaya mempamerkan ‘chemistry’ luar biasa sememangnya adalah antara ‘healing drama’ yang menjadi pilihan. Keserasian antara pasangan adalah sangat penting dalam menghasilkan drama romantik kerana proses percintaan itu perlu lah tampak ‘natural’ dan tidak ‘complicated’. Ini antara pasangan K-Drama yang berjaya papar hubungan romantik ‘realistic’.

1. Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo

Watak Kim Bok-joo iaitu lakonan Lee Sung-kyung, merupakan seorang gadis yang akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat tersebut. Kisah Bok-joo yang berusaha mencapai impiannya semasa dia jatuh cinta buat kali pertama adalah babak yang disukai ramai. Walaupun ia dianggap sebagai kisah cinta yang mempunyai proses ‘slow burn’, ia pastinya masih mampu memberi impak.

Kedua-dua peneraju utama itu bersatu semula di kolej. Joon-hyung adalah orang pertama yang menyedari perasaannya terhadap Bok-joo, malah dia turut memutuskan untuk meluahkan perasaannya. Penantian cinta itu pastinya berbaloi, kerana mereka membawa mood pasangan yang ‘easy-going’ dan mereka terus menyokong impian masing-masing.

2. Fight For My Way

Drama kisah cinta antara Ko Dong-man lakonan Park Seo-joon dan Choi Ae-ra lakonan Kim Ji-won merupakan antara ‘healing’ drama yang berjaya meraih perhatian sehingga kini. Kisah cinta yang bermula dengan hanya sekadar hubungan sahabat baik. Apabila mereka mula menyedari bahawa mereka selalu menjadi yang pertama untuk ada antara satu sama lain, perasaan cinta antara mereka mula membuak. Kisah cinta mereka yang ‘casual’ dan menyeronokkan dek kerana gelagat mereka adalah antara kisah cinta yang menjadi idaman dalam kalangan penonton K-Drama.

3. Healer

Drama yang dibintangi Ji Chang-wook sebagai Seo Jung-hoo dan Park Min-young sebagai Chae Young-shin yang merupakan seorang wartawan. Kedua-duanya mempunyai ibu bapa yang mengenali antara satu sama lain dan terlibat dalam misteri tragis. Mereka jatuh cinta dan memikirkan cara untuk menyelesaikan misteri kedua ibu bapa mereka.

Keserasian antara mereka adalah yang perlu diingati. Seo Jung-hoo jatuh cinta dengan Young-shin sejak dari awal namun dia merahsiakan perkara tersebut. Dia tidak mahu mendedahkan kisah gelapnya kerana mungkin membahayakan nyawa Young-shin. Kesudahan kisah cinta mereka amat memuaskan kerana ia memaparkan kisah cinta realistik yang turut dialami oleh orang lain.

4. Coffee Prince

Drama ini mengisahkan tentang seorang tomboy bernama Go Eun-chan lakonan Yoon Eun-hye yang mendapat pekerjaan sambilan di kedai kopi milik Choi Han-kyul lakonan Gong Yoo. Kedua-dua peneraju itu berakhir dengan hubungan yang rumit apabila Han-kyul jatuh cinta dengan Eun-chan sambil menganggap dia lelaki, dan Eun-chan tidak mahu mendedahkan jantinanya yang sebenar.

Walaupun hubungan mereka berdua tidak berakhir bersama, melihat kepada proses hubungan mereka berkembang apabila mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam yang memberi perkembangan emosi sempurna. Ia menjadikan mereka menjadi pasangan manis pada akhir episod.

5. I Am Not A Robot

Yoo Seung-ho yang membawa watak sebagai Kim Min-kyu dan Chae Soo-bin sebagai Jo Ji-ah adalah dua pelakon utama yang amat digemari peminat. Apabila Min-kyu mempunyai robot, dia mendapati bahawa dirinya tertarik kepada robot tersebut. Tetapi kemudian dia mendapat tahu bahawa robot itu sebenarnya, manusia.

Hubungan antara Min-kyu dan Ji-ah sebagai bos dan robot ‘palsu’ benar-benar menarik perhatian. Walaupun ia mengambil sedikit masa sebelum Min-kyu menyedari bahawa Ji-ah sebenarnya bukan robot, usahanya untuk menyembunyikan sifatnya sebagau manusia menjadikan drama itu kelakar dan menghiburkan. Walaupun pada awalnya Min-kyu berasa seeolah dikhianati, namun dia menyedari bahawa rasa cintanya terhadap Ji-ah lebih tinggi. Kekuatan hubungan mereka menjadikan mereka pasangan yang realistik dalam menerima kekurangan antara satu sama lain.

6. My Liberation Notes

Skrip drama terbaru yang ditulis oleh Park Hae-young dibintangi oleh Son Suk-ku, Kim Ji-won, Lee Min-ki dan Lee El. Drama ini memfokuskan kepada kehidupan tiga beradik yang cuba memikirkan hala tuju mereka. “My Liberation Notes” merupakan kisah cinta antara Encik Gu lakonan Son Suk-ku dan Yeom Mi-jung lakonan Kim Ji-won adalah satu nafas baru yang disuntik antara pasangan. Mereka tidak pernah menjadi pasangan namun mereka sangat menyayangi dan peduli antara satu sama lain justeru itu, emua adegan yang dilakonkan mereka mendapat komen positif daripada penonton.

7. Itaewon Class

Watak Park Sae-royi iaitu lakonan Park Seo-joon, merupakan seorang remaja yang melalui banyak perkara dalam kehidupan mudanya. Bapanya terbunuh secara tragis dalam kemalangan langgar lari, lalu dia dibuang sekolah, dan dia dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.

Kisah cinta Sae-royi adalah kisah yang bermula apabila dia menaruh hati pada seorang wanita. Tetapi perasaan itu berubah apabila dia bertemu Jo Yi-seo lakonan Kim Da-mi.  Walaupun Yi-seo sangat terbuka dan berterus-terang tentang perasaannya terhadap Sae-royi, dia akhirnya mendapat perbalasan cinta daripada Park Sae-royi. Kisah cinta mereka menjadi perhatian apabila secara konklusinya, mereka memaparkan bagaimana Park Sae-royi menerima cinta yang sentiasa ada di kala susah senang dan menerima baik buruknya.

8. I’ll Go To You When The Weather Is Nice

Selepas Mok Hae-won lakonan Park Min-young memutuskan untuk meninggalkan Seoul dan berpindah ke luar bandar bersama ibu saudaranya, dia bertemu dengan rakan sekolah menengah lamanya Im Eun-seob lakonan Seo Kang-joon.

Drama ini adalah satu kisah cinta yang paling tidak ‘complicated’ dan menawan hati peminat. Hati Eun-seob untuk Hae Won adalah satu yang telah diuji masa. Dia memerhati Hae-won dari jauh dan berpuas hati dengan cara seperti itu. Kedua-duanya mereka pada akhirnya menjadi pasangan, dan penantian mereka semestinya berbaloi.

https://www.youtube.com/watch?v=RD9stlNgi44

9. Hospital Playlist

Drama ini menampilkan salah satu kisah percintaan K-drama yang menyenangkan di mana Lee Ik-joon lakonan Jo Jung-suk dan Chae Song-hwa lakonan Jeon Mi-do yang hanya menjadi pasangan pada musim kedua drama itu. Hubungan antara mereka bermula sejak mereka masih pelajar sekolah perubatan. Mereka berdua masing-masing mempunyai pengalaman dalam bercinta, bahkan Ik-joon sendiri telah melalui penceraian. Kisah cinta yang mereka pamerkan adalah kematangan dalam perhubungan malah mereka mengatasi skeptikal dalam kalangan masyarakat untuk mementingkan perasaan sendiri berbanding pandangan orang luar.

10. Don’t Dare To Dream

Kisah mereka bermula apabila Jung-won akhirnya jatuh cinta dengan Pyo Na-ri lakonan Gong Hyo-jin. Pada mulanya, Hwa-shin tidak berminat dengan Na-ri, tetapi apabila dia melihat bagaimana Na-ri bersama Jung-won, Hwa-shin perlahan-lahan mula menaruh minat.

Walaupun cinta daripada Jung-won adalah cinta yang diinginkan oleh Na-ri, Hwa-shin yang sebenarnya menaruh hati sejak awal. Apa yang menjadikan drama ini unik adalah untuk sebahagian besar drama ini, Jung-won dan Na-ri sebenarnya sedang bercinta. Semasa mereka berdua bercinta, Hwa-shin menyedari perasaannya terhadap Na-ri, tetapi berasa sedih kerana mengkhianati kawan baiknya. Walaupun perasaan mereka dilihat rumit, Na-ri dan Hwa-shin akhirnya bersatu, dan hasrat mendalam Na-ri untuk bersama Hwa-shin menjadi kenyataan.

Jadi, antara sepuluh K-Drama yang tersenarai, mana satu ‘healing’ drama kegemaran korang? Cuba komen!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...