Adakah hubungan ahli “Running Man” tak serapat seperti yang disangka?
Dalam episod terbaru “Pinggyego” di YouTube, Lee Kwang-soo, Ji Suk-jin dan Yang Se-chan telah hadir sebagai tetamu. Apa yang menarik perhatian ramai ialah kesemua mereka mengakui bahawa ini adalah kali pertama kesemuanya berjumpa selepas sekian lama.
Malah Ji Suk-jin kelihatan sedikit kekok semasa pertama kali berjumpa Lee Kwang-soo semula dan mengakui kali terakhir mereka berjumpa bersemuka adalah setahun lepas, ketika rakaman episod awal “Pinggyego”.
Yang Se-chan turut mendedahkan bahawa kali terakhir mereka bertemu untuk penggambaran adalah pada 3 tahun lepas ketika penggambaran terakhir lelaki tinggi lampai itu bersama “Running Man”.
Ada yang mempersoalkan mengapa mereka tidak berjumpa dan sekiranya hubungan kesemua ahli “Running Man” tak serapat seperti yang diuar-uarkan. Namun ramai yang bertegas bahawa masing-masing sibuk dengan jadual masing-masing.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.