Ikuti Kami:

‘Hotel Del Luna’ Versi Lelaki, Shin Sia & Lee Dohyun Sah Bintangi ‘Grand Galaxy Hotel’

‘Hotel Del Luna’ Versi Lelaki, Shin Sia & Lee Dohyun Sah Bintangi ‘Grand Galaxy Hotel’

Pelakon Lee Do-hyun telah mengesahkan drama “Grand Galaxy Hotel” sebagai projek pertamanya selepas tamat khidmat ketenteraan.

Lee Do-hyun akan berganding semula dengan penulis skrip terkenal Hong bersaudara (Hong Jung-eun dan Hong Mi-ran) serta pengarah Oh Choong-hwan, yang pernah bekerjasama dengannya dalam drama popular “Hotel Del Luna”, menerusi drama terbaru “Grand Galaxy Hotel”.

Manakala Shin Si-a turut disahkan sebagai teraju utama utama untuk watak heroin di mana Lee Do-hyun berlakon sebagai Eun-ha, pemilik misteri yang muncul di hotel berkenaan secara tibs-tiba manakala wanita ini pula sebagai Go Sang-soon, pekerja yang hidupnya tak tentu arah selepas kehadiran lelaki itu.

lee dohyun

Selepas menamatkan khidmat tenteranya pada 13 Mei lalu, Lee Do Hyun memulakan langkah pertama dengan bertemu peminat secara langsung, dan turut bekerjasama dengan jenama global dalam bidang fesyen. Di tengah perhatian dan tawaran yang tidak putus-putus, pengesahan pantas beliau untuk membintangi “Grand Galaxy Hotel” membuktikan era “Pelakon Lee Do-hyun” kini kembali bermula.

Penggambaran untuk “Grand Galaxy Hotel” dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2025.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Celeb Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...