Baru-baru ini, Lee Dong-wook dilihat menghabiskan masa senggang di Paris sempena Sukan Olimpik 2024.
Bukan sahaja penampilannya di beberapa acara penting bagi menyokong pasukan Korea Selatan, namun foto lelaki itu melepak di sekitar bandar tersebut turut tular di media sosial.
Malah apa yang menarik perhatian ialah Lee Dong-wook dilihat senang merokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.
— 야옹🐰🎣 (@carfieldma) August 9, 2024
Sebelum ini, Lee Dong-wook mengakui bahawa dia sudah cuba berhenti merokok namun hanya mengurangkan jumlah pengambilan rokok sahaja.
Oppa masih lagi merokok nampaknya, apa pun saya berharap dia berseronok di Paris.
Asalkan Lee Dong-wook bahagia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.