“Hot Sangat” – Jadi Perhatian, Jessi Buat ‘Live’ Dengan Pakaian Dalam
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Umum mengetahui bahawa Jessi merupakan seorang penyanyi Korea yang tidak segan untuk menonjolkan keseksian yang dimilikinya.
Artikel Berkaitan
Terbaru, wanita itu telah membuat persembahan di Manila, Filipina untuk acara yang dianjurkan oleh HITC. Sebelum berjumpa dengan peminat, Jessi sempat berbual dengan pengikutnya di Instagram menerusi satu siaran langsung.
Dalam klip itu, penyanyi solo berkenaan dilihat santai menjawab beberapa soalan mengenai penampilannya. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai ialah pakaian yang dikenakan ketika ‘live’ itu di mana Jessi hanya mengenakan pakaian dalam dan ditutupi jubah mandi.
Malah Jessi turut berkongsi gambar pakaiannya itu dalam entri berasingan di Instagram. Rata-ratanya meninggalkan komen yang memuji kecantikan wanita itu kerana kelihatan seperti sedang menjalani photoshoot walaupun hanya memakai pakaian simple.
Biasalah Jessi kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




