Ikuti Kami:

HOT ISSUE Dibubarkan 4 Hari Sebelum Ulang Tahun Pertama

HOT ISSUE Dibubarkan 4 Hari Sebelum Ulang Tahun Pertama

Kumpulan penyanyi wanita ini baru sahaja debut tahun lalu namun berita bahawa kumpulan HOT ISSUE itu akan dibubarkan jelas meninggalkan kesan dalam kalangan peminat.

Kumpulan penyanyi HOT ISSUE itu baru sahaja debut pada 28 April tahun lalu. HOT ISSUE yang terdiri daripada Na-hyun, Mayna, Hyeong-shin, Da-na, Ye-won, Ye-bin and Da-in setakat ini telah melancarkan album mini pertama mereka iaitu “ISSUE MAKER” dan lagu berjudul “GRATATA”.

Namun, sangat mendukacitakan apabila agensi kumpulan itu, S2 Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu dibubarkan secara rasminya pada April tahun ini.

Hello, ini S2 Entertainment.
Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf kerana membawa berita mengejut kepada peminat yang menyayangi dan menyokong HOT ISSUE.

Selepas perbincangan yang panjang dengan artis kami, syarikat dan ahli sebulat suara membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.

Syarikat telah bekerja dengan artis untuk masa yang lama ke arah hala tuju dan pembangunan yang kami sasarkan, tetapi akhirnya, keputusan di atas tidak dapat dielakkan.

Pihak syarikat ingin merakamkan permohonan maaf dan terima kasih kepada peminat yang menyayangi dan mengambil berat mengenai HOT ISSUE sehingga kini. Sila nantikan aktiviti-aktiviti HOT ISSUE pada masa akan datang mulai sekarang. Terima kasih.

hot issue

Berita sedih ini pastinya akan memberi kesan kepada para peminat HOT ISSUE. Sepanjang debut pertama mereka, kumpulan ini telah berjaya menunjukkan kualiti persembahan yang baik serta menawan hati peminat dengan bakat nyanyian serta tarian mereka. Diharapkan agar ahli kumpulan HOT ISSUE akan terus menggunakan bakat yang diperoleh dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Teruskan menyokong mereka okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...