Hong-seok dari kumpulan PENTAGON akan berubah menjadi pelatih idola tampan untuk siri asal baru Kakao TV, “Shadow Beauty”. Hong-seok telah disahkan memegang watak sebagai Lee Jin-sung.
Lee Jin-sung adalah watak yang tidak dapat bergaul dengan rakan-rakannya kerana dia adalah pelatih idola. Namun, dia adalah satu-satunya teman yang menjaga Goo Ae-jin (dimainkan oleh Shim Dal-gi), yang sering terluka dari komen mengenai penampilannya.
Lee Jin-sung bertindak sebagai sinar cahaya untuk Goo Ae-jin di sekolah menengah seperti hutan, dan kemungkinan akan memamerkan pesona hatinya.
“Shadow Beauty”, diarahkan oleh Bang Soo-in mengisahkan tentang eorang gadis sekolah bernama Goo Ae-jin, yang merupakan orang buangan di sekolah tetapi bintang media sosial dalam talian, yang dikenali sebagai Jini.
Siri web berdasarkan ‘webtoon’ popular dengan nama yang sama, yang menarik lebih daripada 700,000 pelanggan dan mendapat penilaian 9.1 daripada 10 mata oleh pembaca. Secara khusus, Hong-seok baru-baru ini menunjukkan kemampuan lakonannya yang stabil dalam drama web “Blue Birthday”. Oleh itu, ramai yang berharap dapat melihat transformasi lakonannya yang baru dalam “Shadow Beauty”.
Drama ini dirancang bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun ini.
Tak sabarnya nak tengok drama baru lakonan Hong-seok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.