Ikuti Kami:

Hiasan Dalaman Unik, Gong Hyojin Dedah Rumah Pengantin Baru Bersama Kevin Oh

Hiasan Dalaman Unik, Gong Hyojin Dedah Rumah Pengantin Baru Bersama Kevin Oh

Baru-baru ini, Gong Hyo-jin telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Kim Na-young, di mana pelakon itu pertama kali mendedahkan rumahnya buat penonton.

Pada awalnya, Gong Hyo-jin berkongsi perasaannya,

Mendedahkan rumah saya adalah tugas yang menakutkan. Ia menjadi lebih sukar selepas berkahwin. Lebih sukar untuk menunjukkan ruang kami dengan kehadiran suami saya. Tapi sekarang dia tiada di sini jadi, saya memutuskan untuk berkongsinya. Ini rumah pengantin baru kami tetapi rumah sebenar kami di Amerika Syarikat.

Sambil menunjukkan rumahnya, wanita itu turut berkongsi,

Saya dah tinggal di sini selama 6 tahun. Ia adalah vila lama yang dibina kukuh pada 1980-an. Tenaga kejiranan di sini bagus. Saya juga berkahwin semasa tinggal di sini. Kami memutuskan untuk berpindah kerana isu pembangunan semula di kawasan itu.

Ketika mendedahkan biliknya yang diubah menjadi almari pakaian, Gong Hyo-jin menyatakan,

Saya selesa untuk tidur di ruang yang lebih kecil jadi, saya sentiasa menjadikan bilik besar sebagai bilik persalinan.

Selain itu, kawasan di dalam rumahnya seperti bilik air, ruang tamu, dapur, bilik kasut dan banyak lagi turut mendapat perhatian, dengan reka bentuk dan hiasan dalamannya yang unik.

Cantik sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...