Heo Sungtae Beri Hint Musim Kedua ‘Squid Game’?

heo sungtae squid game

Berjaya menjadi siri Netflix terbesar sekali setakat ini, “Squid Game” nyata menerima perhatian ramai.

Disebabkan oleh ending yang meninggalkan penonton dengan penuh persoalan, semua sudah pun meminta sambungannya. Meskipun tiada jawapan yang pasti daripada pengaraha Hwang Dong-hyuk melainkan plot ceritanya, penonton menanam harapan untuk musim kedua selepas melihat entri pelakon Heo Sung-tae.

Membawa watak Jang Deok-su, dia merupakan antara figura yang membuatkan siri itu lebih mendebarkan. Dengan memakai pakaian sukan ikonik berwarna hijau bagi pemain “Squid Game”, kapsyen ‘musim dua’ membuatkan ramai yang menaruh harapan.

heo sungtae squid game

Walaupun tiada maklumat spesifik, namun entri ini membuatkan peminat “Squid Game” gembira dengan kemungkinan musim baru siri itu.

Semoga ianya akan berlaku tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply