Ikuti Kami:

‘Hello? It’s Me!’ Menghiburkan, Tayangan Awal Catat Rating Baik

‘Hello? It’s Me!’ Menghiburkan, Tayangan Awal Catat Rating Baik

Diberi gelaran ratu romantik komedi, Choi Kang-hee kini kembali dengan drama baru bertajuk “Hello? It’s Me!”.

Sinopsis ringkas

Naskhah ini mengisahkan tentang kehidupan Yoo Byul-na (Choi Kang-hee), seorang pekerja kontrak di syarikat manisan yang sudah mencecah usia 37 tahun. Sering terbeban dengan masalah tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, namun dia tetap bekerja dengan gigihnya. Dengan suratan takdir yang berbelit, wanita ini berjumpa semula dengan dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re) dan mula menyedari bahagia kehidupan dan dia mula sedar bahawa 30-an bukanlah menua sahaja.

hello? it's me!

Episod awal ‘ringan’

[Amaran SPOILER]

Sesiapa yang minat drama ‘ringan’, pastinya akan terhibur apabila menonton “Hello? It’s Me!”. Episod awal disajikan dengan nasib Yoo Byul-na yang mengalami dilema mengenai kehidupan dek kian menghampiri usia 40-an.

Keadaan mula berubah buat wanita itu apabila dia tanpa sengaja berjumpa semula dengan dirinya yang berusia 17 tahun. Bermula daripada situ, dia mula mengimbas kembali kehidupan remajanya dan mula melihat dunia daripada perspektif yang lain.

hello? it's me!

Rating baik

Dipenuhi dengan pelbagai momen kelakar, “Hello? It’s Me” berjaya meraih rating yang baik pada awal tayangannya iaitu sebanyak 3.8% dan 4.9%. Pun begitu, drama ini menampakkan sedikit penurunan apabila episod keduanya mencatatkan rating sebanyak 3.1% dan 3.6%.

Siapa yang minat K-Drama ringan dan menyeronokkan, mesti tonton “Hello? It’s Me!” di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...