Ikuti Kami:

“Heera Gabungan Elegan & Seram” – Efek Grafik Dipuji, Pihak ‘The Witch’s Diner’ Kongsi Rahsia

“Heera Gabungan Elegan & Seram” – Efek Grafik Dipuji, Pihak ‘The Witch’s Diner’ Kongsi Rahsia

Meskipun hanyalah drama web, namun kualiti plot dan sinematografi “The Witch’s Diner” sangatlah mengagumkan.

Disebabkan oleh kerja yang kemas itu, Lee Song-yeop, pengurus di Westworld iaitu syarikat yang menguruskan efek grafik (CGI) buat drama ini telah berkongsi beberapa kisah di belakang tabirnya.

Lelaki itu menggambarkan CGI untuk drama ini berdasarkan konsep ‘aneh dan kisah dongeng gelap’. Katanya,

Hee-ra tampak cantik dan berprinsip selain merealisasikan permintaan pelanggan yang jujur, biasa dan baik, tapi dia juga boleh menjadi kejam dan ganas. Kami mahukan menggabungkan ciri elegan dan kecantikan padanya dengan elemen seram dan hati yang dingin.

cgi the witch's dinerTambahnya lagi, mereka menggunakan CGI bagi menampilkan magis yang menutup diri ahli sihir yang sebenarnya dengan wajah yang cantik.

Kami memberikan fokus kepada warna violet (ungu) bagi membangkitkan imej elegan dan menakutkan. Apabila Hee-ra menukar pakaian, kami menjadikan aura ahli sihirnya berwarna ungu juga.

Antara watak magis lain yang mendapat perhatian penonton ialah pokok mandrake (pohon beracun). Bukan sahaja penonton malah Lee Yong-seop turut meluahkan rasa sayangnya pada phon itu,

Kami mulakan dengan idea pokok berkata-kata, jadi kami perlu membuatkan mulutnya bergerak mengikut garisan yang betul tapi kami juga mahu ianya berbalas cakap dengan pelakon. Kami tidak menggunakan hasil animasi. Disebabkan ia memerlukan kerja yang banyak, kami berpuas hati dengan hasilnya.

cgi the witch's dinerKagum kan dengan sinematografi “The Witch’s Diner”? Sebab itulah ramai yang minat drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...