BTS sekali lagi telah membuktikan mereka sebagai kumpulan K-Pop popular seluruh dunia!
Peminat pastinya tahu bahawa BTS telah melancarkan pelbagai muzik baru pada tahun ini, sama ada aktiviti kumpulan atau individu.
Terbaru, BTS telah dicalonkan dalam lebih 10 kategori termasuk anugerah utama ‘Song of the Year’ dan ‘Artist of the Year’, di majlis ‘2022 Mnet Asian Music Awards (MAMA)’.
Khususnya, bagi kategori anugerah utama ‘Song of the Year’, BTS telah dinominasi untuk 6 buah lagu iaitu “Yet to Come”, lagu J-Hope “More” dan “Rush Hour” kolaborasi dengan Crush, OST V “Christmas Tree”, OST Ji-min “With You” menampilkan Ha Sung-woon dan lagu Suga bergandingan dengan Psy “That That”.
https://twitter.com/kkukstudio/status/1584551482116169732?s=20&t=NpQG1sZs5sKglYpk4DLILw
Selain itu, BTS dan J-Hope turut dicalonkan dalam kategori anugerah utama yang kedua iaitu “Artist of the Year”.
Persaingan sengit ni!