Ikuti Kami:

“Semua Ahli ‘Running Man’ Positif Tapi Song Jihyo..” – Kim Jongkook Kongsi Keadaan Kesihatan Kini

“Semua Ahli ‘Running Man’ Positif Tapi Song Jihyo..” – Kim Jongkook Kongsi Keadaan Kesihatan Kini

Tidak terlepas daripada menjadi mangsa, hampir separuh ahli “Running Man” dijangkiti COVID-19 baru-baru ini.

Terbaru, Kim Jong-kook telah memuat naik video di saluran YouTube miliknya dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman selepas dijangkiti wabak berkenaan,

Kesemua ahli ‘Running Man’ dijangkiti tapi hebat kerana Song Ji-hyo tidak mendapatnya, walhal dia tak divaksin langsung. Dia seorang yang pelik.

jihyo tak vaksin

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pelakon wanita itu tidak dapat divaksin memandangkan dia mempunyai sejarah alergi yang teruk terhadap perubatan Barat lantas dinasihatkan untuk tidak mendapatkan vaksin oleh pakar perubatan.

Kim Jong-kook turut berkongsi simptom yang dialami oleh ahli lain semasa dia menghubungi mereka,

Saya ingatkan selsema. Saya tak pernah pening disebabkan selsema. tapi kepala saya sakit. Saya mencucuk hidung sendiri ke dalam, dan peliknya, ada dua garis pada kit itu. Pada keesokan harinya, hidung saya tersumbat seperti mengalami alergi.

running man covid-19

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa dia tetap bersenam di gim dalam rumahnya,

Saya berpeluh seperti hujan. Kemudian, hidung yang tersumbat terus pulih. Tetapi deria bau saya menghilang, Ianya sudah kembali dalam 10%. Saya asyik kehilangan rasa dan selera, jadi saya mengambil makanan sebanyak 6 kali sehari.

Semoga ahli “Running Man” terus sihat sentiasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...