Ikuti Kami:

Hebat! Filem ‘Emergency Declaration’ Raih Lebih 300 Ribu Penonton Pada Hari Pertama Tayangan

Hebat! Filem ‘Emergency Declaration’ Raih Lebih 300 Ribu Penonton Pada Hari Pertama Tayangan

Baru sahaja ditayangkan, filem “Emergency Declaration” nampaknya telah mencipta rekod hebat.

Pada 4 Ogos, filem “Emergency Declaration” berjaya menduduki tempat teratas box office, meskipun baru sehari sahaja naskhah itu dipertontonkan.

Menurut rangkaian komputer bersepadu box office, filem tersebut telah berjaya meraih 359,073 penonton secara terkumpul pada hari pertama tayangan, yang mana merupakan permulaan yang baik untuk filem Korea yang ditayangkan pada tahun ini.

filem emergency declaration

Untuk pengetahuan, “Emergency Declaration” ialah filem yang menceritakan tentang sebuah pesawat yang terpaksa mengisytiharkan kecemasan, apabila keganasan yang tidak pernah terjadi sebelum ini berlaku dalam penerbangan.

Ianya dibintangi pelakon hebat Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Jeon Do-yeon, Kim Nam-gil, Im Si-wan, Kim So-jin, dan Park Hae-ju.

Cepat serbu pawagam sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...