Sememangnya merupakan pelakon yang hebat sejak kecil, Kim Yoo-jung membuktikan spektrum bakatnya tidak terhad bagi watak ‘cantik’ sahaja.
Terbaru, penonton meluahkan rasa kagum melihat lakonan Kim Yoo-jung sebagai Hong Chun-gi dalam episod “Lovers Of The Red Sky” semalam.
[Amaran SPOILER]
Dalam episod ke-15, Seong-jo (Jo Sung-ha) kembali bagi membetulkan kesalahan Daegun Ju-hyang (Kwak Si-yang). Dalam pada itu, Hong Chun-gi meluahkan kemarahannya apabila kumpulan Baek Yu-hwa menantikan masa mereka bakal dibunuh selain turut melawan Ju-hyang yang zalim.
Melihatkan lakonan Kim Yoo-jung yang benar-benar tegang itu membuatkan penonton memberikan tepukan gemuruh buatnya,
Gila betul lakonan Kim Yoo-jung.
Jeritannya apabila hilang kewarasan, hebat!
Saya benar-benar takut melihat babak ini.
Lakonan Kim Yoo-jung adalah sangat hebat.
Dia menggunakan otot mukanya dengan baik.
Jangan lupa tonton episod akhir “Lovers Of The Red Sky” malam ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.