Tak lama lagi, Hyun-a akan menamatkan zaman bujangnya dengan Yong Jun-hyung!
Baru-baru ini, Hyun-a telah memuat naik banyak foto mesra bersama bakal suaminya, Yong Jun-hyung menerusi laman Instagram.
Meskipun tiada apa-apa kapsyen yang ditulis namun, ramai yang menebak bahawa ini adalah foto pra-perkahwinannya dengan lelaki itu, untuk majlis yang akan berlangsung pada Oktober nanti.
View this post on Instagram
Walaupun ini sepatutnya menjadi berita bahagia tetapi, ruangan komen Hyun-a dipenuhi dengan komen kecaman kerana dia memilih untuk berkahwin dengan Yong Jun-hyung, yang pernah terkait dengan kes jenayah seksual ‘Burning Sun’.
Antara komen netizen,
- Dia pilih lelaki itu dari Dawn??
- Kenapa dia nak kahwin dengan penjenayah..
- Buang masa Dawn je.
- Saya doakan mereka bahagia je la dan Hyuna, hati-hati hidup dengan lelaki ni.
View this post on Instagram
Nak buat macam mana kan kalau itu pilihan Hyun-a..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.