Utama Rancangan Hiburan Hasrat Haha Jadi Kenyataan, V BTS & Yoo Seungho Kembali Sebagai Tetamu...

Hasrat Haha Jadi Kenyataan, V BTS & Yoo Seungho Kembali Sebagai Tetamu Dalam ‘Running Man’

v seungho running man

Biar betul?

Pada 20 November, media Korea melaporkan bahawa V BTS dan pelakon Yoo Seung-ho akan melakukan penggambaran bagi episod baru “Running Man” bersama-sama.

Jelas mereka,

V dan Yoo Seung-ho akan melakukan penggambaran bagi episod ‘Running Man’ yang akan datang harini. Episod itu dijangka akan ditayangkan 3 Disember ini.

Terlebih dahulu, ahli BTS tersebut telah membuat penampilan di rancangan tersebut pada 10 September yang lalu. Manakala, Yoo Seung-ho telah muncul di episod yang ditayangkan pada 8 Oktober.

v running man

Disebabkan reaksi kedua-dua mereka yang lucu ketika bermain satu permainan yang disediakan, Haha telah mencadangkan agar kedua-dua tetamu tersebut muncul bersama di dalam satu episod yang sama untuk bermain permainan itu semula.

Penampilan semula V dan Yoo Seung-ho sebagai tetamu istimewa juga dijangka bakal menaikkan semula rancangan itu selepas ahli tetap “Running Man”  iaitu Jeon So-min meninggalkan rancangan tersebut.

Korang dah bersedia ke belum nak bergelak ketawa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews 1
Loading...