Ikuti Kami:

Hasil Penjualan Ke 20 Negara, ‘The Red Sleeve’ Dapat 50% Dari Kos Produksi Bernilai RM56 Juta

Hasil Penjualan Ke 20 Negara, ‘The Red Sleeve’ Dapat 50% Dari Kos Produksi Bernilai RM56 Juta

“The Red Sleeve” terus membuktikan kepopularitiannya dalam kalangan peminat K-Drama!

Menurut laporan media, drama bersejarah ini sudah pun mendapat 50% semula dari 16 bilion won (RM56.03 juta) untuk kos produksi 17 episodnya menerusi pra-penjualan di 20 negara luar.

Malah sebelum tayangan, ia sudah dijual ke 20 negara iaitu Japan, Taiwan, Mongolia, Vietnam, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Brunei, Amerika, Eropah, Arab Tengah, Oceania dan India.

mbc the red sleeve

Dalam pada itu, “The Red Sleeve” juga menunjukkan prestasi yang baik di platform penstriman dan mengalahkan nama-nama besar seperti “Now, We Are Breaking Up” dan “The Penthouse”.

Sekadar pengetahuan, “The Red Sleeve” mengisahkan hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...