Ikuti Kami:

Hasil Kerja Keras, Han Sohee Beli Villa Bernilai RM6.8 Juta Secara Tunai

Hasil Kerja Keras, Han Sohee Beli Villa Bernilai RM6.8 Juta Secara Tunai

Han So-hee boleh dikatakan sebagai antara pelakon yang menjadi rebutan ramai kini, betul tak?

Meskipun memulakan karier daripada 2018 menerusi drama seperti “Abyss”, “100 Days My Prince” dan lain-lain, wanita itu hanya menempa nama apabila membawa watak perampas dalam “The World Of The Married”.

Dia kemudiannya membuktikan bakat lakonannya yang versatil menerusi “Nevertheless” dan “My Name”. Kini, Han So-hee merupakan antara pelakon yang sering muncul di kaca televisyen Korea.

han sohee

Disebabkan oleh kepopularitian pelakon berusia 28 tahun itu, tidak dapat disangkal bahawa bayaran lakonan buatnya turut menaik seiring dengan namanya yang semakin eksklusif sejak kebelakangan ini.

Disebabkan itu, Han So-hee dikhabarkan telah membeli sebuah villa bersaiz 274 per segi di kawasan VilladergreeumW yang terletak di bandar Guri, daerah Gyeonggi. Menurut sumber daripada bidang hartanah, pelakon wanita berkenaan membayar 1.95 bilion won (RM6.8 juta) secara tunai pada 15 Februari lalu tanpa mengambil sebarang pinjaman.

Untuk pengetahuan anda, VilladegreeumW mempunyai 16 villa yang dikelilingi pergunungan lantas mempromosikan perumahan yang dekat dengan alam semulajadi. Kawasan ini juga berdekatan dengan Seoul dan hanya mengambil masa selama 15 ke 30 minit pemanduan sahaja untuk ke Gangnam.

han sohee villa

Villa ini juga berdekatan dengan Archwool Village, di mana ianya merupakan penthouse yang dihuni oleh Hyunbin. Antara figura ternama lain yang tinggal di sini ialah Oh Yeon-seo dan Park Jin-young (JYP).

Ramai juga menebak rumah yang dibeli ini adalah kediaman yang mahu dihuni bersama neneknya. Pelakon wanita itu dikhabarkan tinggal bersama neneknya sehingga dia menjadi pelakon berikutan ibu bapanya yang bercerai semasa dia berusia 5 tahun.

Berjaya Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...