Ikuti Kami:

“Harungi Bersama” – Kim Jongmin Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan

“Harungi Bersama” – Kim Jongmin Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan

Pada 20 April, Kim Jong-min dan tunangnya yang bukan dari kalangan selebriti akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis tertutup di Hotel Shilla, Seoul.

Demi menghormati privasi isterinya yang bukan selebriti, Kim Jong-min telah mengadakan sidang media sebelum majlis perkahwinannya untuk bergambar dan berkongsi perasaannya mengenai perkahwinan tersebut. Katanya,

Saya sangat teruja dan gementar—rasa pelik sedikit. Ia seperti permulaan kehidupan baru. Saya tak sabar untuk memulakan bab kedua dalam hidup saya.

kim jongmin

Ketika ditanya mengenai reaksi rakan-rakannya, Kim Jong-min berseloroh,

Mereka yang sudah berkahwin sangat gembira untuk saya. Yang masih bujang pun ucap tahniah juga, tapi saya rasa ia tak begitu ikhlas.

Sebagai pesanan kepada bakal isterinya, Kim Jong-min berkata,

Mari kita harungi segala kesusahan bersama. Saya mungkin tidak sempurna dalam banyak hal, tetapi saya harap awak tetap memahami saya sepanjang kita hidup bersama.

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Dispatch

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...