Saengil chukkahamnida Jung-kook! Baru-baru ini, Jung-kook BTS menyambut ulang tahun kelahirannya dan demi menghargai peminat, dia luangkan masa untuk berterima kasih kepada mereka.
Jung-kook meluangkan masa hampir satu jam menerusi platform Weverse untuk menghargai peminat di atas sambutan ulang tahun kelahirannya yang cukup luar biasa tahun ini.
Dek kerana dia menyanyikan lagu yang diminta peminat dan juga berkongsi pelbagai perkara bersama mereka, Jung-kook mendominasi carta trending di Twitter sejurus selepas sesi livenya tamat.
https://twitter.com/Jungkook_SNS/status/1565371061692239878?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1565371061692239878%7Ctwgr%5E26361c2d2923a3faed6e94bf7f02a7b0f062f152%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allkpop.com%2Farticle%2F2022%2F09%2Fjungkook-treats-fans-with-a-birthday-live-by-singing-songs-and-expresses-his-gratefulness-for-the-massive-scale-of-his-birthday-projects
Sepanjang sesi live tersebut, dia meraikan ulang tahunnya bersama peminat dengan meniup lilin pada kek hari jadinya. Dia mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan kasih sayang yang diterimanya. Dia sempat menunjukkan beberapa klip video sempena projek dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang berada di serata Korea dan luar negara.
https://twitter.com/jjklve_/status/1565374239259197440?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1565374239259197440%7Ctwgr%5E26361c2d2923a3faed6e94bf7f02a7b0f062f152%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allkpop.com%2Farticle%2F2022%2F09%2Fjungkook-treats-fans-with-a-birthday-live-by-singing-songs-and-expresses-his-gratefulness-for-the-massive-scale-of-his-birthday-projects
Jung-kook juga sempat berkata, bahawa dia ingin melawat ke semua tempat yang meraikan ulang tahunnya namun dia tidak boleh berbuat demikian dek kerana dia ingin mengelakkan kekecohan yang berlaku jika peminat masih boleh mengecam dirinya walaupun dia memakai kostum ataupun rambut palsu.
https://twitter.com/haruharu_w_bts/status/1565336865430859776?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1565336865430859776%7Ctwgr%5E26361c2d2923a3faed6e94bf7f02a7b0f062f152%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allkpop.com%2Farticle%2F2022%2F09%2Fjungkook-treats-fans-with-a-birthday-live-by-singing-songs-and-expresses-his-gratefulness-for-the-massive-scale-of-his-birthday-projects
Jung-kook juga sempat berkongsi bersama peminat dengan menunjukkan hasil projek photo-folionya, memandangkan dia baru sahaja menerima naskah pertama projek itu. Peminat juga turut terharu kerana Jung-kook sanggup meluangkan masa untuk berbual dan berkongsi pelbagai perkara bersama mereka.
https://twitter.com/dreamjeons/status/1565338835373871106?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1565338835373871106%7Ctwgr%5E26361c2d2923a3faed6e94bf7f02a7b0f062f152%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allkpop.com%2Farticle%2F2022%2F09%2Fjungkook-treats-fans-with-a-birthday-live-by-singing-songs-and-expresses-his-gratefulness-for-the-massive-scale-of-his-birthday-projects
Comel je Jung-kook layan peminat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.