Ikuti Kami:

Harga Tanah Naik 54%, Rumah Perkahwinan Song Joongki & Song Hyekyo Selesai Dirobohkan

Harga Tanah Naik 54%, Rumah Perkahwinan Song Joongki & Song Hyekyo Selesai Dirobohkan

Tak semua perkara membahagiakan akan kekal selamanya, betul tak?

Menurut perkhabaran, rumah yang sempat diduduki oleh Song Joong-ki dan Song Hye-kyo semasa perkahwian mereka sudah pun selesai dirobohkan pada 8 Februari lalu.

Laporan menyatakan bahawa jadual untuk merobohkan rumah tersebut sepatutnya berlangsung pada Jun lalu namun ianya hanya berjaya diselesaikan selepas 8 bulan kemudian.

rumah song joongki song hyekyo

Rumah yang terletak di Itaewon-dong itu dikenali ramai sebagai rumah perkahwinan pasangan ‘Song-Song’ itu di mana ianya dibeli dengan harga 12 bilion won pada November 2016. Song Joong-ki kemudiannya mengumumkan bahawa dia akan mengahwini Song Jye-kyo setahun selepas itu.

Selepas penceraian yang berlaku pada 22 Julai 2019, Song Joong-ki dikatakan menjalani pengubahsuaian selama setahun meskipun sudah mendapatkan kebenaran untuk menjalankan urusan itu pada 16 November 2018.

Berlangsung selama 1 tahun 5 bulan, penduduk sekitar rumah itu memprotes mengenai kerja pengubahsuaian itu memandangkan terdapat gangguan bunyi selain membangkitkan keselamatan proses itu.

rumah song joongki song hyekyo

Katanya, Song Joong-ki turut terpalit kontroversi apabila membetulkan cerun jalan kerana ketinggian yang tak sama antaranya dan lot parkir rumah tersebut. Pengkritik menekankan bahawa jalan rata itu dijadikan cerun yang tajam bagi menyamakan dengan lot parkir itu. Oleh sebab itu, Pejabat Yongsan-gu menghantar surat pembetulan tindakan sebanyak dua kali kerana melanggar Akta 75 Jalan.

Apa pun, harga rasmi tanah berkenaan dilihat menaik daripada sebelumnya. Menurut laporan, ianya naik sebanyak 54.6% kepada 7,253,366,400 won (RM25.4 juta) berbanding ketika Song Joong-ki membelinya.

Semoga mereka bahagia dengan jalan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...