Ikuti Kami:

‘Happy New Year’ Bakal Ditayang Sebagai Siri 6 Episod, Tambahan 60 Minit Dari Filem Asal

‘Happy New Year’ Bakal Ditayang Sebagai Siri 6 Episod, Tambahan 60 Minit Dari Filem Asal

Anda semua dah layan belum filem “Happy New Year” yang ditayangkan pada penghujung tahun lalu?

Disebabkan kepopularitian naskhah berkenaan di laman penstriman seperti TVING dan Kinolights, ada perkhabaran baik mengatakan bahawa ia akan disiarkan sebagai siri lebih panjang dan dibahagikan kepada 6 bahagian.

Bukan itu sahaja, “Happy New Year” turut dikatakan sebagai filem asal TVING yang paling berjaya sekali di platform berkenaan.

Untuk pengetahuan, filem ini sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk ditayangkan kepada siri 6 bahagian lebih panjang sejak sebelum ia diriliskan lagi. Disebabkan oleh kejayaan awal ini, TVING lebih bersemangat untuk menjayakan siri berkenaan.

filem happy new year

Katanya, siri ini 60 minit lebih panjang dari filem asal selain ada tambahan efek grafik dan suntingan bagi menyampikan 14 kisah romantik berbeza itu dengan lebih padat.

Siri tambahan “Happy New Year” ini juga meraih perhatiab ramai kerana ia merupakan eksperimen baru bagi filem asal laman penstriman. Meskipun tambahan dan pos-produksi akan memakan belanja, namun ianya merupakan satu inisiatif yang hanya boleh dilakukan untuk filem sebegini.

Memang kena tambah pun, sebab tak puas tengok kisah cinta dorang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...