Ikuti Kami:

“Hanya Yang Cantik Dapat Kerja Kafe” – Song Jihyo Kongsi Ditawar Jadi Pelakon Ketika Kerja Part-Time

“Hanya Yang Cantik Dapat Kerja Kafe” – Song Jihyo Kongsi Ditawar Jadi Pelakon Ketika Kerja Part-Time

Umum mengetahui mengenai kecantikan Song Ji-hyo kan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli berkongsi mengenai kisah mereka semasa muda dan turut bercerita mengenai wanita itu yang dapat menjadi pelakon selepas di’scout’ oleh agensi hiburan semasa bekerja separuh masa.

Cerita bermula apabila Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk berkongsi kehidupan ketika 20-an di mana keduanya suka menghabiskan masa di kafe popular sekitar kejiranan Apgujeong di Seoul.

Kata Ji Suk-jin,

Ramai orang yang menawan selalu ke sana. Ramai juga bakal selebriti yang bekerja di situ.

Tambah Yoo Jae-suk pula,

Dahulu, ramai selebriti yang ditawar menjadi selebriti di kafe.

Haha juga menjelaskan bahawa pelakon Jung Woo-sung turut menerima tawaran untuk berlakon semasa berada di kafe.

song jihyo debut

Ji Suk-jin juga sempat mengusik Song Ji-hyo,

Bukan kah awak juga bekerja sebagai pelayan?

Song Ji-hyo mengakui bahawa dia juga pernah bekerja di kafe dan menerima tawaran untuk menjadi selebriti.

Kim Jong-kook sempat memuji wanita itu,

Ji-hyo memang mempunyai wajah yang akan menerima tawaran sebegitu. Semasa saya muda, bukan semua orang boleh bekerja di kafe.

Haha turut bersetuju dan mengatakan bahawa Song Ji-hyo semestinya popular semasa muda dahulu.

Rasanya orang pergi kafe dahulu bukan sebab nak minum kopi tapi sebab nak tengok Song Ji-hyo agaknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...