Ikuti Kami:

Hanya Setahun Debut, CHECKMATE Umum Telah Bubar

Hanya Setahun Debut, CHECKMATE Umum Telah Bubar

Selepas hanya setahun bersama, CHECKMATE telah dibubarkan secara rasmi.

Pada 17 Disember, saluran YouTube rasmi CHECKMATE menyiarkan kenyataan berikut:

Hello, peminat K-pop.

Ini ialah pencipta kandungan dan pengurus saluran YouTube CHECKMATE.

Pertama, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak dapat menghasilkan kandungan baharu.

CHECKMATE telah dibubarkan selepas tamat promosi “YOU” mereka.

Setiap ahli CHECKMATE akan menyambut anda semua dengan imej baharu melalui aktiviti masing-masing.

Mulai Januari 2022, saluran ini akan menjalani pembaharuan dan bertukar menjadi saluran yang menghasilkan kandungan K-pop.

Kami sedang bertukar pendapat dengan ahli tentang promosi kandungan.

Pada Januari 2022, kami akan menyambut anda bersama-sama dengan ahli semasa kami aktif menghasilkan kandungan baharu.

Terima kasih.

co-ed group checkmate disband

Selamat maju jaya untuk setiap ahli.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...