Dorang ni betul bercinta ke tak?
Pemain bola sepak Lee Kang-in dan bekas ahli kumpulan APRIL Lee Na-eun sebelum ini dilaporkan sedang bercinta. Tidak lama selepas khabar angin itu tercetus, agensi Lee Na-eun menafikannya dengan menyatakan bahawa dia dan Lee Kang-in hanya sekadar ‘kenalan’.
Berdasarkan foto paparazi yang diterbitkan oleh THE FACT pada 1 Januari, Lee Kang-in dan Lee Na-eun dilihat bertemu pada November tahun lalu.
Namun pada 5 Januari, pasangan yang terpalit khabar angin ini dikatakan telah pun berpisah semasa berita hubungan mereka dikeluarkan.
Untuk menutup pelbagai spekulasi panas dalam talian, agensi menyatakan bahawa semua ahli APRIL telah diperkenalkan kepada pemain bola sepak sebagai ‘pertemuan kumpulan’ sahaja.
Sekadar info, khabar angin lain juga turut tersebar mengatakan bahawa bekas ahli APRIL Yang Ye-na dan pemain bola sepak Seol Young-woo turut bercinta, dan mereka juga dikatakan putus cinta oleh kerana mempunyai jadual kerja yang padat.
Tunggu kenyataan lanjut daripada agensi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.