Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Moon Ga-young juga sering mendapat perhatian kerana kecantikannya.
Baru-baru ini, Moon Ga-young telah memuat naik beberapa foto di Instagram, untuk penggambarannya bersama majalah Harper’s Bazaar dan jenama pakaian dalam Calvin Klein.
Menerusi gambar yang dikongsi, pelakon itu tampil seksi dengan hanya memakai bra dan seluar jeans.
Apa yang menarik perhatian, wanita itu juga turut mendedahkan tatu kecil yang terletak di bahagian atas pinggangnya.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata turut teruja melihat badan cantik Moon Ga-young dan memuji kecantikannya.
View this post on Instagram
Antara komen yang ditulis,
Saya rasa awak sedang dalam misi untuk memberikan semua peminat awak serangan jantung.
Saya cemburu lihat pinggangnya!
Wah, tatunya sangat menarik.
Awak antara wanita tercantik yang pernah saya lihat ❤️
Moon Ga-young tak pernah tak cantik tau!