Ikuti Kami:

Hanya Muncul 10 Minit Dalam ‘The White Lotus’, Lisa Dikritik Bakal Terima Pencalonan Anugerah Emmy

Hanya Muncul 10 Minit Dalam ‘The White Lotus’, Lisa Dikritik Bakal Terima Pencalonan Anugerah Emmy

Lisa BLACKPINK menjadi bualan ramai setelah dikhabarkan akan menerima pencalonan ‘Anugerah Emmy’.

Bagi yang tidak mengetahui, ahli BLACKPINK kelahiran Thailand itu telah membintangi siri HBO “The White Lotus” pada awal tahun ini sekaligus memulakan kariernya sebagai pelakon.

Terbaru, wanita tersebut dikatakan akan menerima pencalonan di ‘Anugerah Emmy’ dek wataknya sebagai Mook, seorang gadis penuh helah yang bekerja sebagai staf di sebuah pusat peranginan di Thailand.

Mendengarkan berita tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang berpuas hati memandangkan babaknya yang hanya muncul lebih kurang 10 minit di dalam siri berkenaan.

Kata mereka,

  • “Masih lah guna pengaruh kekasihnya.”
  • “Saya lupa pun dia dalam ‘The White Lotus’.”
  • “Dia berlakon bagus, tapi pendek sangat babaknya.”
  • “Dah lah Frederic.”
  • “Dia berlakon takda lah gah sangat.”

Tapi masih belum ada pengesahan mengenai berita ini, jadi masih ramai yang tertanya-tanya mengenai kesahihannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...