Ikuti Kami:

Hanya Khabar Angin? Netizen Bongkar Kebenaran ‘Kisah Cinta’ Jaehyun NCT & Winter aespa

Hanya Khabar Angin? Netizen Bongkar Kebenaran ‘Kisah Cinta’ Jaehyun NCT & Winter aespa

Laju netizen buat kerja.

Ramai peminat tertanya-tanya tentang kebenaran hubungan antara Jae-hyun NCT dan juga Winter aespa.

Netizen baru-baru ini dilihat berjaya mengumpulkan bukti untuk membongkar khabar angin hubungan percintaan antara dua idola terbabit. Melalui perkongsian yang didedah, peminat itu menafikan khabar angin kisah cinta Jae-hyun dan Winter.

Antara bukti yang dikumpul adalah tentang Winter menggunakan emotikon buah pic untuk bercakap tentang Jae-hyun.

Netizen menjelaskan, mesej itu adalah 40 jam sebelum mereka meninggalkan negara itu, dan Winter kehilangan AirPodnya. Selain daripada menggunakan emotikon pic, Winter juga dilihat suka memakai pelbagai emotikon comel yang lain.

Selain itu, netizen juga berkongsi poster berkaitan dengan beg beli-belah MOMA yang dikatakan merupakan pemberian hadiah Jae-hyun kepada Winter. Disebabkan itu, pihak MOMA sendiri sudah pun menjelaskan salah faham ini melalui artikel di mana, beg beli-belah itu adalah hadiah yang diserahkan kepada Winter oleh peminat.

Tambahan, ada lagi bukti lain yang didedahkan oleh netizen dan hal ini ternyata hanya khabar angin semata. Selain itu, agensi kedua-dua idola tersebut masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang mereka berdua.

Macam-macam la..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.