Untungnya BLINKs di Vietnam!
Terbaru pada 29 Julai, BLACKPINK telah mengadakan konsert jelajah dunia “Born Pink” di Hanoi, Vietnam dan dihadiri oleh lebih 30,000 peminat.
Semasa di penghujung konsert tersebut, Jennie telah memberi kejutan buat peminat dengan mengumumkan bahawa mereka akan melakukan persembahan istimewa hanya buat peminat di situ,
Ini hanya akan berlaku pada satu hari ini, jadi awak semua bertuah!
BLACKPINK joined the viral Vietnamese TikTok trend ‘See Tình’ during their recent ‘BORN PINK’ concert in the country. pic.twitter.com/wM2sBb5aBD
— Pop Base (@PopBase) July 29, 2023
Menarik perhatian, Jennie dan Ji-soo memulakan cabaran tarian untuk lagu popular “See Tình” oleh Hoàng Thuỳ Linh, sebelum Rosé dan Lisa turut mengikuti tarian itu juga.
Sebaik lagu dimainkan, peminat di seluruh stadium terus bersorak teruja sambil ikut menyanyi bersama.
Comel sangat la!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.