Ikuti Kami:

Hanya Hadir Sebagai Penonton, Jennie BP Jadi Artis Wanita Paling Banyak Disebut Di Coachella

Hanya Hadir Sebagai Penonton, Jennie BP Jadi Artis Wanita Paling Banyak Disebut Di Coachella

Pernah membuat persembahan di Festival Muzik & Seni Coachella pada 3 tahun lepas, kini, Jennie BLACKPINK dilihat hadir ke acara tersebut sebagai penonton.

Pada awal April, Jennie BLACKPINK telah berlepas ke Los Angeles. Walaupun tiada pengunguman sah tentang tujuan idola itu bergerak ke sana namun, peminat mengagak bahawa Jennie akan hadir ke Coachella.

Pada 15 April, iaitu minggu pertama bagi acara Coachella, foto Jennie menghadiri festival muzik itu telah tular di sosial media, mengiakan tekaan peminat sebelum ini.

Meskipun hanya hadir sebagai salah seorang penonton, tetapi Jennie nampaknya telah membuktikan kepopularitiannya dengan menjadi artis wanita yang paling banyak disebut di sosial media berkaitan dengan Coachella.

Sekadar info, Jennie telah menghadiri Coachella pada minggu pertama dan pada hari pertama, kedua dan ketiga. Dia turut dilihat menonton persembahan oleh Harry Styles, Daniel Caesar, The Weeknd dan ramai lagi.

Fuh! Hebat tau Jennie.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...