Ikuti Kami:

Hanya Guna Bahan Di Dapur Sahaja, Cuba 4 Petua Orang Korea Ini Bagi Dapatkan Kulit Sihat

Hanya Guna Bahan Di Dapur Sahaja, Cuba 4 Petua Orang Korea Ini Bagi Dapatkan Kulit Sihat

Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana kulit orang Korea semuanya cantik-cantik kan?

Ini petua mudah orang Korea untuk korang cuba bagi mendapatkan kulit muka sihat, dengan hanya menggunakan bahan yang ada di dapur je!

Air basuhan beras 

Nasi bukan sekadar makanan ruji dalam masakan Asia, ia juga terkenal dengan sifatnya yang boleh meningkatkan kecantikan kulit muka. Kebiasaannya air daripada basuhan pertama beras disimpan dan dijadikan sebagai face mist.

Sudah menjadi rahsia kecantikan untuk mendapatkan kulit Korea, air beras boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan kulit UV. Selain itu, ia menggalakkan pembentukan kolagen juga. Tambahan, cara ini dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan.

Bilas muka dengan teh hijau

petua kecantikan korea hanya dari dapur

Teh hijau adalah ramuan hebat untuk penjagaan kulit memandangkan ia sangat kaya dengan antioksidan. Selain membantu merawat kulit muka, ia juga terkenal dengan salah satu cara semula jadi melawan kanser. Teh hijau boleh membantu melembapkan kulit, merawat jerawat dan mengurangkan kedutan.

Terdapat ejen polifenol dan enam jenis katekin berbeza dalam teh hijau. Bahan ini menjadikan teh hijau sangat berkuasa untuk membantu anti penuaan dan mengecilkan pori. Korang hanya perlu rendam teh hijau dalam air panas dan pastikan tidak letak gula ye. Selepas itu, tunggu ianya sejuk dahulu sebelum membilas muka menggunakannya.

Topeng muka yogurt, lemon dan strawberi

petua kecantikan korea hanya dari dapur

Topeng muka atau face mask ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan kulit seperti orang Korea. Sifat antioksidan dalam lemon dan kandungan vitamin C bermanfaat dalam mencegah kerosakan kulit dan garisan penuaan. Strawberi pula mempunyai astingen yang kuat dan ada antioksidan yang boleh menyembuhkan jerawat. Tambahan, ia dapat melindungi kulit manusia daripada sinaran UV dan mengelupas sel-sel kulit mati juga.

Apa yang korang perlu buat adalah, campurkan tiga titis jus lemon, satu biji buah strawberi ditumbuk, dan satu sudu yogurt. Sapukan topeng pada kulit muka dan leher, biarkannya selama 30 minit sebelum bilas menggunakan air biasa. Selepas pemakaian topeng muka ini, kulit akan kelihatan bersinar dan rasa segar. Korang boleh ulangi teknik ini dua kali seminggu untuk hasil terbaik.

Lap muka dengan air suam

petua kecantikan korea hanya dari dapur

Untuk mendapatkan yang segar, gunakan kain khas yang lembut untuk lap muka. Celupkan kain dalam air suam dan gosok kulit dengan membuat sapuan bulatan dengan lembut. Kaedah ini boleh membantu untuk menggelupaskan kulit serta boleh membuang sel kulit mati.

Fungsinya dikatakan sama sahaja seperti membeli scrub muka yang dijual di mana-mana kedai, tetapi kaedah ini lebih selamat kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia.

Nak cantik kena rajin tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...