Ikuti Kami:

Hanya Dalam 3 Bulan, Muzik Video Debut IVE ‘Eleven’ Capai 100 Juta Tontonan

Hanya Dalam 3 Bulan, Muzik Video Debut IVE ‘Eleven’ Capai 100 Juta Tontonan

IVE telah meraih lebih 100 juta tontonan dengan lagu debut mereka “ELEVEN”!

Pada 8 Mac, lagu debut IVE “ELEVEN” telah menjadi muzik video pertama mereka yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube. Ia juga merupakan satu pencapaian yang luar biasa memandangkan ia adalah satu-satunya muzik video kumpulan itu. IVE memulakan debut mereka dengan “ELEVEN” pada 1 Disember 2021, bermakna mereka hanya mengambil masa kira-kira tiga bulan dan seminggu untuk mencapai kejayaan ini.

Selain itu, IVE juga telah memenangi trofi di pertunjukan muzik pertama mereka dengan “ELEVEN” pada “Show Champion” hanya seminggu selepas debut, dan lagu itu telah memenangi 12 lagi kemenangan dalam pelbagai rancangan muzik lain.

Tahniah IVE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...