Ikuti Kami:

Hanya Dalam 112 Hari, ‘Money’ Lisa BP Capai 300 Juta Penstriman Di Spotify

Hanya Dalam 112 Hari, ‘Money’ Lisa BP Capai 300 Juta Penstriman Di Spotify

Lagu Lisa BLACKPINK, “MONEY” telah membuat satu lagi rekod baru di platform penstriman muzik terbesar di dunia iaitu Spotify!

Menurut YG Entertainment, “MONEY” telah melepasi 300 juta strim di Spotify, hanya dalam 112 hari selepas dikeluarkan pada 10 September lalu. Ini juga menjadikan Lisa artis solo K-Pop dan aksi wanita K-Pop terpantas untuk mencapai kejayaan ini.

Sebelum ini, rakan satu kumpulan, Jennie, adalah artis solo Korea pertama yang mencapai 300 juta penstriman dengan lagu “SOLO”, yang mengambil masa kira-kira 960 hari.

Selain itu, lagu tajuk album solo Lisa, “LALISA” berjaya mengungguli Carta Lagu Teratas iTunes di 72 negara dan carta 100 Lagu Teratas YouTube selama dua minggu berturut-turut.

Lisa money

Tahniah Lisa atas pencapaian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...