SEVENTEEN telah memuat naik muzik video bagi lagu terbaru mereka “LALALI”.
Pasukan Hip-Hop SEVENTEEN yang terdiri daripada Scoups, Won-woo, Vernon dan Min-gyu telah dilihat mempamerkan sisi baru mereka yang dilihat seakan sedang memberontak di dalam muzik video “LALALI”.
Malah, Min-gyu juga turut mengejutkan peminat dengan adegannya dalam muzik video itu.
Di mana, dalam satu klip muzik video tersebut, Min-gyu telah dilihat berendam dalam satu kolam air panas dengan hanya bertuala dan tidak memakai sebarang pakaian.
i love how mingyu confidently shown his beautiful built. i mean the efforts, diet, and the amount of exercise he did, def worth bragging!!!!
so proud of you, baby! pic.twitter.com/9KCRiCX9OR
— kim • 민구🐾🖤 (@kimingyuzone) May 9, 2024
Meskipun adegan itu hanya berdurasi selama 2 saat, Min-gyu telah berjaya membuatkan peminat terpukau dengan tubuh badan sasa yang dipamerkannya.
Peminat turut memuji keyakinan Min-gyu yang bersetuju untuk merakamkan adegan tanpa berbaju, selepas mengetahui betapa kerasnya usaha penyanyi tersebut untuk mendapatkan tubuh badan sasa seperti itu.
Korang dah tonton ke belum muzik video “LALALI”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.