Ikuti Kami:

Hanya 8 Episod, Song Jihyo Sah Jadi Ahli Sihir Dalam Drama Fantasi ‘Welcome To Witch’s Restaurant’

Hanya 8 Episod, Song Jihyo Sah Jadi Ahli Sihir Dalam Drama Fantasi ‘Welcome To Witch’s Restaurant’

Meskipun hanya khabar angin sebelum ini, nampaknya Song Ji-hyo sudah mengesahkan kemunculannya dalam drama TVing iaitu “Welcome To Witch’s Restaurant”.

Naskhah itu menceritakan kisah pelanggan di sebuah kedai makan yang sanggup menjual jiwa mereka asalkan dapat menjalani kehidupan yang lain daripada asalnya. Di kedai tersebut, pemiliknya membantu merealisasikan impian pelanggannya sambil dibantu oleh pekerja di situ.

song jihyo

Song Ji-hyo akan memainkan watak utama iaitu Jo Hee-ra, pemilik restoran itu yang menjual makanan yang membantu merealisasikan permintaan manusia. Dia merupakan seorang yang misteri dan tiada siapa yang tahu mengenai nama dan umur sebenarnya. Malah wanita itu sentiasa menyarungkan ekspresi wajah yang pelik dan personaliti yang dingin. Namun penonton pastinya akan terpukau apabila melihat visualnya yang cantik sebagai pemilik kuasa luar biasa.

Kalau anda nak tahu, drama ini hanyalah akan mempunyai 8 episod sahaja dan bakal menemui penonton dalam tahun ini juga.

Song Ji-hyo sebagai ahli sihir? Yes!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...