Utama Rancangan Hiburan Hanya 8 Episod, Episod Akhir ‘The Sixth Sense’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang...

Hanya 8 Episod, Episod Akhir ‘The Sixth Sense’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

episod akhir the sixth sense

Tak sangka rancangan “Sixth Sense” berjaya mendapat sambutan hangat daripada penonton sepanjang tayangannya!

Memanglah dapat perhatian ramai sebab ianya dibarisi nama hebat seperti Yoo Jae-suk, Jun So-min dan Jessi selain disertai oleh selebriti yang amatur dalam rancangan hiburan iaitu pelakon Oh Na-ra dan Mi-joo (Lovelyz). Kelima-lima ahli ini disertai seorang tetamu jemputan setiap minggu dan mereka akan melawat ke lokasi atau benda yang mempunyai latar belakang pelik. Dengan menggunakan deria ke-6, setiap daripada ahli ini perlu merungkai mana yang palsu, mana yang benar.

episod akhir the sixth sense

Disebabkan oleh keserasian yang mantap di antara ahli wanita yang tak ‘cover’ langsung dengan Yoo Jae-suk yang mati akal melihat perangai mereka, semestinya ia menjadi hiburan buat ramai orang

Lagi best kerana episod ke-8 yang juga merupakan episod terakhir “The Sixth Sense” berjaya meraih rekod tertinggi sepanjang tayangannya dengan catatan 3.34%. Membuktikan bahawa ia merupakan rancangan yang boleh tahan popular!

Rata-rata penonton meluahkan rasa sedih dan meminta agar “The Sixth Sense” akan mempunyai musim kedua tak lama lagi.

Sedih kan dah tak dapat lihat ‘chemistry’ di antara semua ahli “The Sixth Sense”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...