Merupakan idola ramai pada tahun 2010, adakah populariti Jang Geun-suk sudah suram kini?
Bagi menyambut langganan saluran YouTube miliknya mencecah 100,000, pelakon lelaki berkenaan telah mengadakan sesi tanda tangan buat peminat-peminatnya.
Saya ingin berkongsi kasih sayang yang saya terima dengan semua orang.
Pada hari yang ditetapkan, Jang Geun-suk bersiap sedia dengan poster dan persiapan lain seperti menyediakan 100,000 biji kek beras namun agak mengecewakan apabila tiada peminat yang hadir. Bagi meredakan situasi, lelaki tersebut cuba menyalahkan cuaca buruk pada hari itu,
Langit menangis. Mudah-mudahan mereka yang bernafas bersama ‘Saya adalah Jang Keun Suk’ akan datang tidak lama lagi.
Akhirnya, beberapa peminat muncul untuk mendapatkan tanda tangan pertama mereka, dan beberapa yang lain turut muncul bagi menyokong acara itu. Seorang peminat memuji penampilan Jang Geun-suk dengan berkata,
Dia lebih tampan dalam kehidupan nyata.
Pada akhirnya, hanya tujuh orang peminat yang hadir pada sesi tanda tangan pelakon berkenaan. Kemudian, Jang Geun-suk memutuskan untuk memberikan lebihan kuih yang disediakan itu kepada orang yang membantu dan kenalan artis lain.
Orang tak tahu kot..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.