Ikuti Kami:

Hanya 6 Episod, Siri Mistik ‘Monstrous’ Terima Pujian & Kritikan

Hanya 6 Episod, Siri Mistik ‘Monstrous’ Terima Pujian & Kritikan

Tidak dinafikan bahawa Korea memang sangat hebat dalam menghasilkan drama bertemakan zombi.

Sama seperti “Monstrous” yang telah meriliskan kesemua 6 episodnya baru-baru ini di saluran TVING. Membawa kelainan daripada siri mistik lain, drama lakonan Koo Kyo-hwan, Shin Hyun-bin, Kwak Dong-yeon dan Nam Da-reum ini turut menyelitkan elemen kerohanian lantas membuatkan ia unik.

Untuk pengetahuan, siri ini berlatarbelakangkan sebuah perkampungan kecil di mana satu fenomena pelik mula berlaku selepas penemuan satu patung Buddha. Ianya membawa kepada pelbagai kejadian misteri di mana manusia mula menjadi tak terkawal dan bengis. Bagi memecahkan sumpahan ini, barisan arkeolgi dan pegawai polis telah bekerjasama untuk merungkai rahsia hitam dan punca sebenar kepada malapetaka ini.

tving monstrous

Meskipun setiap episod “Monstrous” hanya mempunyai durasi selama 30 minit sahaja, namun ianya menerima pujian dari serata internet dek skrip yang ditulis dengan padat, lakonan mantap dan kisah seram yang menyelubungi jiwa sepanjang tayangannya.

Pun begitu, terdapat juga suara yang mengatakan bahawa siri ini terlalu klise dan boleh diagak apa yang akan jadi pada setiap episod. Ada yang turut mengkritik kualiti efek grafik yang nampak kekok ketika Ki-hoon (Koo Kyo-hwan) dan Seok-hee (Kim Ji-young) diserang sekumpulan burung gagak.

tving monstrous

Malah ceritanya yang tergantung pada episod akhir membuatkan ramai yang terpaksa menantikan sambungan sekiranya ada kepada insiden ini.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...