Ikuti Kami:

Hanya 10 Minit Masa Skrin, Ramai Dakwa Lisa Guna ‘Cable’ Untuk Muncul Dalam ‘The White Lotus 3’?

Hanya 10 Minit Masa Skrin, Ramai Dakwa Lisa Guna ‘Cable’ Untuk Muncul Dalam ‘The White Lotus 3’?

Lisa BLACKPINK telah berjaya melakukan debutnya sebagai pelakon menerusi siri HBO “The White Lotus 3”.

Bagaimanapun, pengakhiran drama itu telah menimbulkan reaksi negatif kepada watak Lisa, termasuk dakwaan menyatakan bahawa wanita itu dipilih membintangi “The White Lotus 3” hanya disebabkan pertolongan dari ‘teman lelakinya’, Frédéric Arnault.

Sebelum ini, Lisa turut muncul dalam Vanity Fair 2025, sebagai antara pelakon yang akan membuat gelombang di Hollywood.

Namun ramai yang kecewa kerana watak ahli BLACKPINK itu tidak begitu memberi kesan kepada jalan cerita bahkan, dia hanya mempunyai lebih kurang 10 minit jumlah masa skrin keseluruhan dalam siri popular tersebut.

Pun begitu, ada juga yang mempertahankan Lisa dan menjelaskan bahawa dia mempunyai watak kecil kerana ini merupakan debutnya sebagai pelakon dan sudah mempunyai impak besar sebagai selebriti untuk tampil dalam Vanity Fair.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...