Perasan tak yang pelakon Han So-hee sangat sibuk sekarang?
Baru-baru ini, pelakon wanita itu dikatakan menerima tawaran untuk beberapa drama seperti “Can Love Be Translated” dan “Dotgabi”.
Respon agensinya,
Selepas menghabiskan penggambaran buat siri untuk ‘Gyeongseong Creature’, dia akan berehat dan menghabiskan aktiviti jadual yang berlambak semasa penggambaraannya. Dia merancang untuk meneliti tawaran drama dan memilih projeknya selepas itu.
Dalam pada itu, Han So-hee dikhabarkan akan muncul sebagai heroin muzik video bagi lagu debut Jungkook BTS.
Sibuk tau dia.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉