Ikuti Kami:

Han Sohee Ditolak Ke Tepi, Go Younjung Jadi ‘Ratu Iklan’ Kini

Han Sohee Ditolak Ke Tepi, Go Younjung Jadi ‘Ratu Iklan’ Kini

Pelakon Go Youn-jung akan menggantikan Han So-hee sebagai model iklan baru bagi NH Bank.

Baru-baru ini, NH Bank (Nonghyub Bank) mengakhiri kontrak tiga tahun dengan Han So-hee dan memilih pelakon yangs edang meningkat naik itu sebagai wajah baru untuk kempen mereka, dengan menyebut imejnya yang bersinar dan sopan.

Laporan menunjukkan bahawa Han So-hee, yang terjerat dalam kontroversi cinta, memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya dalam iklan sektor kewangan, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk membiarkan kontrak tamat mengikut tempoh sepatutnya.

Spekulasi timbul dalam industri yang menghubungkan keputusan Han So-hee untuk tidak memperbaharui dengan desas-desus mengenai hubungannya dengan pelakon Ryu Jun-yeol. Walau bagaimanapun, agensi Han So Hee, 9ato Entertainment, menjelaskan

Kami telah bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak pada akhir tahun lalu.

han sohee

Selain itu, Han So-hee turut menyimpulkan perjanjian tajaannya dengan ‘Chum Churum’ soju Lotte Chilsung Beverage awal bulan lalu.

Dalam pada itu, NH Bank akan memperkenalkan iklan cetak yang menampilkan Go Youn-jung mulai minggu ini, dengan rancangan untuk promosi berterusan menerusi pelbagai platform termasuk TV, YouTube, dan media sosial.

Bukan rezeki..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...