Ikuti Kami:

Han Sohee Dipilih Jadi Duta Global Jenama Mewah ‘Balenciaga’

Han Sohee Dipilih Jadi Duta Global Jenama Mewah ‘Balenciaga’

Sebelum menjadi seorang pelakon, Han So-hee telah bekerja sebagai seorang model.

Walau bagaimanapun, tuah Han So-hee nampaknya bukanlah di kerjaya permodelannya. Han So-hee hanya mula dikenali selepas kejayaan beberapa siri popular seperti “The World of the Married”, di mana dia memainkan watak sebagai Yeo Da-kyung yang telah mendapat perhatian ramai.

Mengikuti trend ramai artis semasa, Han So-hee turut melakukan banyak penggambaran bersama dengan pelbagai jenama dalam bidang fesyen. Dengan daya tarikannya yang unik serta ‘visual’nya yang menawan, Han So-hee telah dipilih menjadi duta global untuk jenama mewah Paris, ‘Balenciaga’.

Pada 23 Mac, majalah W Korea telah menyiarkan beberapa gambar Han So-hee untuk keluaran April dan mengumumkan jawatannya sebagai duta global bagi ‘Balenciaga’. Meskipun belum ada pemakluman rasmi dari jenama itu sendiri tetapi, pengumuman status duta jenama melalui penerbitan majalah sudah tidak asing lagi bagi peminat.

Selain fesyen, Han So-hee juga memberi kesan yang kuat dalam bidang kecantikan. Pada 2021, dia juga telah dipilih menjadi muse Korea pertama jenama kosmetik terkenal ‘Charlotte Tilbury’.

Tahniah Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...