2021 ternyata merupakan tahun yang sibuk buat Han So-hee kan? Dari satu drama ke drama yang lain, murah betul rezekinya.
Terbaru, pelakon berusia 27 tahun itu dikhabarkan akan menerajui drama 4 episod bertajuk “Why Did You Come To My House?”. Drama muzik romantik ini membawa kisah lelaki dan wanita yang sudah berkawan selama 20 tahun dan tinggal sebumbung selama dua minggu. Sepanjang itu, mereka mula merasai perasaan di antara cinta dan persahabatan dan mula mengakui kemahuan masing-masing.
Dalam pada itu, agensi Han So-hee turut memberikan respon bagi berita ini,
Han So-hee ada menerima tawaran ‘Why Did You Come To My House?’ dan sedang menelitinya.
Sekiranya menerima tawaran ini, Han So-hee akan membawa watak Seo Eun-soo, seorang yang mendapat pendapatan sebagai penulis lirik.
Naskhah ini turut menarik perhatian kerana ditulis oleh penulis Chae Yun (“She Would Never Know”) dan diarahkan oleh Kim Hee-won (“Vincenzo”).
Bakal ditayangjan di laman penstriman, ianya mungkin akan menemui penonton pada tahun hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.