Utama Celebrity News Han Sohee Didekati & Ditarik Orang Awam Ke Kawasan Lain, Apa Yang...

Han Sohee Didekati & Ditarik Orang Awam Ke Kawasan Lain, Apa Yang Berlaku?

han sohee

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Han So-hee juga turut disayangi ramai kerana dia sentiasa menghargai peminat.

Baru-baru ini, satu video Han So-hee yang dilihat berada di kawasan kejiranan Gangnam, Apgujeong, telah tular di media sosial.

Khususnya, pelakon wanita tersebut memakai pakaian serba hitam tanpa memakai pelitup muka dan memang mudah untuk di’cam’ oleh peminat.

Dalam video itu, sekumpulan wanita dilihat menghampiri Han So-hee dan selepas berbual ringkas, mereka terus ke kawasan lain, menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Namun dalam satu siaran menyatakan bahawa pelakon itu pergi ke kawasan lain untuk mengambil gambar bersama peminatnya.

Komen netizen selepas melihat video tersebut,

Wah, dia benar-benar kelihatan seperti selebriti.

 

Dia seperti anak patung dalam kehidupan sebenar.

 

Perbualan mereka kelihatan sangat lucu. Adakah mereka mengajak Han So-hee untuk minum sekali?

 

Dia sangat kurus.

Mesra sangat Han So-hee dengan peminat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...