Ikuti Kami:

Han Seungyeon & Lee Jihoon Sah Terajui Filem ‘How To Fall In Love With The Worst Neighbor’

Han Seungyeon & Lee Jihoon Sah Terajui Filem ‘How To Fall In Love With The Worst Neighbor’

Satu gandingan baru bakal menjengah penonton tidak lama lagi. Pelakon Han Seung-yeon dikhabarkan bakal menjadi teraju utama untuk filem romantik komedi terbaru di samping Lee Ji-hoon.

Filem romantik komedi “How To Fall In Love With The Worst Neighbor” sudah disahkan bakal menemui penonton dengan menampilkan Han Seung-yeon dan Lee Ji-hoon sebagai gandingan. Filem ini diarahkan oleh Lee Woo-chul yang sebelum ini mengarahkan filem “The Hunt”. han seungyeonDalam filem ini, Seung-yeon bakal memegang watak sebagai Hong Ra-ni iaitu seorang pelukis 3-D. Hidupnya sangat tenang sebelum seorang penyanyi yang ‘suam-suam suku’ pindah ke sebelah rumahnya. Watak penyanyi itu bakal dibawa oleh Lee Ji-hoon iaitu Do Bin.

Filem “How To Fall In Love With The Worst Neighbor” dikhabarkan bakal memulakan penggambaran pada Ogos ini dan akan mula ditayangkan pada tahun 2023.

Macam menarik ja gandingan ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...