Ikuti Kami:

Han Jimin Beri Bantuan Buat Pusat Kebajikan OKU

Han Jimin Beri Bantuan Buat Pusat Kebajikan OKU

Han Ji-min sememangnya terkenal dengan sifatnya yang mengambil berat dan baik hati. Melihat kepada keakrabannya dengan Jung Eun-hye dalam “Our Blues”, tindakan Han Ji-min kali ini meraih rasa hormat daripada netizen.

Menurut agensinya, BH Entertainment, Han Ji-min telah memberi bantuan sebanyak 50 juta won (RM 170,000) kepada Persatuan Pengumpulan Dana Bersama Kebajikan Sosial Seoul. Bantuan derma tersebut akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan bagi orang kurang upaya. han jiminMenerusi agensinya, Han Ji-min berkata,

Saya dapat tahu mengenai kewujudan badan-badan kebajikan melalui berita dan saya juga mendapati bahawa mereka terkesan dengan bencana alam yang menimpa Korea baru-baru ini. Jadi, saya mahu membantu mereka. 

Setiausaha daripada Persatuan Pengumpulan Dana Bersama Kebajikan Sosial Seoul berkata,

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Han Ji-min, yang menunjukkan rasa prihatinnya melalui aktiviti sukarelawan dan juga sumbangannya. Sumbangan sebelum ini merupakan satu bentuk bantuan yang besar untuk membaik pulih kerosakkan yang kami alami.

han jiminMelihat kepada bantuan yang diberikan oleh Han Ji-min, netizen turut meluahkan rasa terharu mereka terhadap tindakan dirinya.

“Memang sudah terjangka tindakan Han Ji-min.”

 

“Dia merupakan seorang pelakon yang tidak terlepas daripada kita hormati.”

 

“Ini membuatkan saya teringat kepada drama ‘Our Blues’. ” 

 

“Terima kasih Han Ji-min kerana menunjukkan contoh yang baik.”

Tindakan Han Ji-min bukan saja meraih perhatian, namun turut menjadi satu contoh yang baik kepada netizen luar.

Terima kasih Han Ji-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...