Ikuti Kami:

Han Jihyun & Bae Inhyuk Dilamar Terajui Drama Komedi Misteri ‘Cheer Up’

Han Jihyun & Bae Inhyuk Dilamar Terajui Drama Komedi Misteri ‘Cheer Up’

Nampaknya akan ada gandingan baru yang ‘fresh’ dalam drama baru SBS nanti.

Menurut laporan media, kedua mereka menerima tawaran untuk mengemudi drama bertajuk “Cheer Up”. Ianya merupakan drama komedi romantik dan misteri kampus mengenai skuad sorak di universiti yang hampir tenggelam meskipun gah dahulu. Walaupun nampak seperti tiada keinginan untuk hidup, ia menceritakan kisah romantik, yang sepatutnya dialami dalam keadaan sekarang.

Bae In-hyuk dilamar untuk membawa watak Park Jung-woo, ketua pasukan sorak Universiti Yeonhee. Seseorang yang bukan sahaja fleksibel namun lengkap dengan pelbagai ciri baik, seperti kepercayaan, tanggungjawab dan cinta manusia. Walaupun berprinsip. dia digelar ‘si tua’ dan bakal berlaga dengan watak Do Hae-yi.

sbs cheer up

Do Hae-yi akan dilakonkan oleh Han Ji-hyun yang merupakan ahli baru pasukan sorak tersebut. Walaupun cantik, dia juga mempunyai persona tersembunyi. Berada dalam top 1% dek wajahnya, dia kemudiannya melalui pelbagai perubahan selepas menyertai skuad itu.

“Cheer Up” dikatakan akan memulakan penggambaran pada tahun depan namun susunannya masih belum ditentukan lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...