Ikuti Kami:

Han Jieun, Hong Jonghyun, Kim Sunyoung, Jung Moonsung Sah Terajui Drama ‘Ants Are Riding’

Han Jieun, Hong Jonghyun, Kim Sunyoung, Jung Moonsung Sah Terajui Drama ‘Ants Are Riding’

Ramai kan yang sedang menantikan barisan pelakon untuk drama “Ants Are Riding”?

Terbaru, TVING telah mengesahkan barisan pelakon untuk drama berkenaan. Ianya bakal diterajui oleh Han Ji-eun, Hong Jong-hyun, Jung Moo-sung, Kim Sun-young dan Jang Kwang.

“Ants Are Riding” membawa kisah lima ‘semut’ yang menyertai pasaran saham dengan pelbagai cerita. Selepas menyertai perjumpaan misteri mengenai saham, kesemua mereka mula mempelajari mengenai kehidupan, persahabatan dan percintaan.

Pertama sekali, Han Ji-eun akan membawa watak Yu Mi-seo, dari seorang pengalah profesional yang melalui pelbagai kegagalan dalam dunia pelaburan saham ke bakal pengantin gembira.

Hong Jong-hyun bakal berlakon sebagai Choi Sun-woo, seorang pekerja separuh masa di sebuah kedai serbaneka. Pun begitu, lelaki yang berusia 33 tahun itu berubah menjadi seorang yang misteri selepas pulang ke rumah selain memandu kereta mewah.

tving ants are riding

Jung Moon-sung bertanggungjawab berlakon sebagai Kang San, seorang yang tidak mempunyai kerja tetap dan Kim Sun-young pula akan menjadi pemilik kepada restoran popular yang bertaraf gourmet. Manakala Jang Kwang akan berlakon sebagai Kim Jin-bae, seorang guru bahasa Inggeris yang mencuba bermain saham selepas bersara bagi menambah kekayaannya.

“Ants Are Riding” dijangka akan membawa pelbagai kisah dalam dunia saham yang pastinya akan membuatkan penonton berasa seronok. Bukan sahaja mengenai ‘peperangan’ di antara semua, tapi kisah menyentuh hati yang berlaku pada setiap pemain saham.

Ianya bakal menemui penonton pada separuh kedua 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...