Han Ji-eun telah dilamar untuk membintangi “Ask The Stars”!
Pada 28 Mac, seorang pegawai hiburan memberitahu Sports Chosun bahawa Han Ji-eun akan turut menjadi watak utama dalam drama “Ask The Stars”, yang telah disahkan akan diterajui oleh Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin.
Sebagai tindak balas, agensi bagi Han Ji-eun memberi respon,
Han Ji-eun menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Ask the Stars’ dan sedang menyemaknya secara positif.
Han Ji-eun dilamar untuk memainkan watak Choi Choi-eun, Ketua Pegawai Eksekutif Mirae Electronics dalam Kumpulan Mirae. Merupakan anak perempuan Choi Jae-ryong, Choi Choi-eun merupakan bakal pengantin perempuan yang akan mengahwini watak Lee Min-ho.
Sementara itu, “Ask The Stars” akan membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di stesen angkasa. Ianya diarahkan oleh pengarah Park Shin-woo (“It’s Okay To Not Be Okay” dan “Lovestruck In The City”) manakala skrip akan ditulis oleh Seo Sook-hyang (“Jealousy Incarnate” dan “Pasta”).
Harap-harap Han Ji-eun terima tawaran ini!